Currently are 10 guests and no members online

Terjumpa satu gambar Safee Sali berbaju sekolah masa dia di tingkatan empat dulu. Memang nampak nerd dan jujur sahaja. Sekarang pun masih nampak nerd dan jujur. Tapi bila beraksi, memang beliau serius dan berusaha keras untuk menjaringkan gol. Lebih-lebih lagi ketika bermain untukMalaysia.
Tak sangka bukan?Banyak juga kejayaan beliau sebelum berjaya menyarung jersi kebangsaan. Inilah pemain yang kita mahu untukMalaysia. Bukan senang nak ada pemain macam Safee Sali yang agak lengkap pakejnya.
Antara kejayaan beliau:
Piala Nike bawah 15 tahun,
Piala Nika Asia Pasifik (wakil Malaysia),
Lion City Club (wakil Malaysia),
MSSM bawah 18 tahun (wakil Kuala Lumpur),
MSSKL bawah 18 tahun (wakil sekolah),
2012 –bakal bergelar jutawan selepas terima tawaran Pelita Jaya FC sebanyak 2 juta lebih untuk 2 tahun.,
Kalau ditanya siapa pemainMalaysiayang mereka mahu ikut?Hampir 90% akan jawab Safee Sali. Popular betul Safee Sali. Sekarang, dialah idola budak-budak sekolah.
Pelajaran tetap belajar dalam kelas, tetapi sukan juga penting.
Sumber daripada : ohcikgu.com


